Sejak 2018, Grocer Helper telah menjadi teman lebih 2,000 ibu-ibu yang inginkan hidangan yang menakjubkan dari dapur sendiri kerana keenakan dan kebahagiaan tentunya dari air tangan ibu-ibu sendiri.

Grocer Helper dipercayai isi rumah kerana janji-janjinya yang sentiasa ditepati โ€“ SEGAR, HALAL dan semestinya BERKUALITI.

Pemudah cara membuat hidangan yang ditunggu-tunggu telah tiba, Grocer Helper! Grocer Helper dikemudi oleh ketua yang berpengalaman dan dibantu oleh pekerja yang berkemahiran dalam pengurusan makanan lebih 10 tahun. Beroperasi 100% di atas talian, Grocer Helper adalah satu-satunya pemudah cara isi rumah untuk hidangan yang enak!

Cerita Kami

Bermula dari keluhan sang isteri, si suami berfikir sejenak akan penyelesaian yang boleh dicari untuk membantu si isteri di dapur. Tidak ingin makanan dari restoran segera, bimbang akan kebersihan makanan di restoran, tiada masa untuk memasak, proses penyediaan hidangan yang lama menyebabkan ibu-ibu mengeluh.

Maka tercetuslah Grocer Helper. Semua lauk siap POTONG.CUCI.DELIVER dapat memenuhi kehendak isi rumah yang mahukan makanan yang sihat, bersih dan menyelerakan dari dapur sendiri.

Grocer Helper Enterprise didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nombor pendaftaran 002926191-W. Dengan memudahkan proses penyediaan makanan, Grocer Helper kini menjadi pilihan utama isi rumah.

Saudara Ruzaini (Founder & CEO)

Akauntan Bertauliah tapi masih lagi belajar tentang kehidupan, saudara Ruzaini mempunyai latar belakang yang menarik. Bekas pelajar MRSM dan UiTM, saudara Ruzaini bermula dengan menjadi juruaudit luar untuk firma audit antarabangsa sebelum menjadi perunding perniagaan di firma milik kerajaan. Beliau adalah Akauntan Bertauliah berdaftar dengan Malaysian Institute of Accountant (MIA) dan ahli Malaysian Institute of Certified Public Accountant (MICPA). Beliau juga berkemampuan untuk membuat model kewangan yang rumit, dengan sijil yang diperolehi beliau dari International Academy of Business and Financial Management (IABFM) dengan gelaran Certified Financial Modeller (CFM).

Pengalaman beliau yang luas dalam perakaunan, kewangan, pengurusan, pasaran kewangan dan lain-lain banyak membantu beliau menjadi perunding perniagaan. Namun 10 tahun pengalaman beliau dirasakan masih sedikit.

Gagal dalam 5 perniagaan sebelum ini iaitu perniagaan fesyen, barangan kecantikan, runcit dan makanan kesihatan. Namun masih berani tampil dengan perniagaan baru berbekalkan pengalaman lalu.

Grocer Helper adalah hasil inspirasi beliau terhadap keluhan isterinya yang inginkan hidangan sihat untuk keluarga.

Saudara Ahmad Shazlye (Pengurus Operasi)

Berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri makanan, saudara Shazlye amat menekankan kebersihan, kualiti dan keselamatan makanan. Berkhidmat sebagai pengurus restoran di rangkaian restoran ternama, saudara Shazlye mula menimba ilmu mengenai pengurusan makanan agar pelanggan sentiasa dapat mengekalkan kualiti makanan yang terbaik pada setiap masa. Berkelulusan dalam teknologi makmal perubatan, saudara Shazlye telah melakukan lonjakan paradigma apabila memutuskan untuk berkecimpung dalam industri makanan.

Berbekalkan pengalaman tersebut, saudara Shazlye telah mula untuk memberikan khidmat nasihat kepada usahawan-usahawan dalam pengurusan makanan. Beliau memainkan peranan penting dalam memastikan operasi Grocer Helper sentiasa berada pada tahap terbaik.

Dasar Pemulangan

Kami tidak menerima pemulangan dan tukaran barangan yang telah di serahkan.
We do not accept return & exchanged of delivered goods

Alamat Kami

Larkin Utama Condo,
Jalan Tun Abdul Razak Susur 5,
Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru,
johor